Sejarah Ringkas
SekolahKebangsaan (LKTP) Kg New Zealand
Sekolah Kebangsaan Kampung
New Zealand telah dibuka pada tahun 1963. Jarak sekolah adalah kira-kira dua
kilometer dari jalan utama Kuantan – Maran. Dahulunya nama sekolah ini ialah
Sekolah Kebangsaan Sungai Kertam yang diambil sempena nama kampung iaitu Kampung
Sungai Kertam. Sekolah ini juga telah dirasmikan oleh duta New Zealand.
Pada tahun 1978, Kampung
Sungai Kertam telah dibahagikan kepada dua buah kampung iaitu Kampung Sungai
Kertam dan Kampung New Zealand. Kemudian nama sekolah ini telah ditukarkan
kepada Sekolah Kebangsaan New Zealand.
Nama sekolah ini telah
ditukarkan bagi memperingati serta menghargai bantuan dan kurniaan kerajaan New
Zealand dalam membantu masalah pembangunan kampung ini. Kerajaan New Zealand
membantu membina TABIKA dah juga membekalkan generator. Kerajaan New Zealand
juga mengadakan projek susu sekolah dan RMT untuk sekolah ini.
Bangunan asal sekolah ini
ialah Blok A sahaja yang dibina pada tahun 1962. Blok A terdiri daripada tiga
buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah pejabat dan sebuah bilik guru.
Kemudian bangunan sekolah ditambah dengan blok B pada tahun 1970 dan blok C
pada tahun 1989.
Guru Besar yang pertama
berkhidmat di sekolah ini adalah Encik Ismail Bin Embong bermula 11/01/1963
hingga 31/01/1967. Kemudian Encik Edrus Bin Mohammad Da pula menggantikannya
pada 02/02/1967 hingga 13 Disember 1971. Guru Besar ketiga adalah Encik Ghazali
Bin Ibrahim yang berkhidmat bermula pada 01/01/1972 hingga 31/12/1976.
Seterusnya ialah Tuan Haji Ahmad Bin Othman, 01 Januari 1977 hingga 08 Mac
1989. Diikuti pula dengan Encik Muhammad Bin Abdullah, 08 Mac 1989 hingga 21
Februari 1994. Encik Bakaruddin Bin Mohammad Ali menggantikan beliau bermula 21
Februari 1994 hingga 01 November 1997 dan Encik Zainuri Bin Mohd Atar, 01
November 1997 hingga 01 September 1998. Kemudian diikuti Encik Mohammad Nasir
Bin Haji Muhammad yang mula bertugas dari 01 September 1998. Kemudian Guru
Besar Sekolah ini adalah Tn. Haji Jailani Bin Jaafar mengambil alih dari 1 Disember
2008 sehingga 9 Julai 2010. Disebabkan beliau telah mencapai umur
persaraan,tempatnya telah diganti oleh Encik Abdul Jalil Bin Jaafar pada 16 Julai 2010 sehingga 1 Februari 2011. Kini, Guru Besar yang berkhidmat disini
adalah Puan Yusraini Bt Abdul Muluk.
Senarai Guru Besar Sekolah
Kebangsaan (LKTP) Kg New Zealand
Bil
|
Nama Guru Besar
|
Tahun Mula Berkhidmat
|
Tahun Akhir Berkhidmat
|
1
|
Encik Ismail Bin Embong
|
11JANUARI 1963
|
31 JANUARI 1967
|
2
|
Encik Edrus Bin Mohd Da
|
2FEBUARI 1967
|
31 DISEMBER 1971
|
3
|
En Ghazali Bin Ibrahim
|
1JANUARI 1972
|
31 DISEMBER 1976
|
4
|
Tn Hj Ahmad Bin Othman
|
1JANUARI 1977
|
8 MARCH 1989
|
5
|
En Muhammad Bin Abdullah
|
26 APRIL 1989
|
30 NOVEMBER 1993
|
6
|
En Bakarruddin Bin Hj Mohd Ali (PJK)
|
21 FEBUARI 1994
|
31 OKTOBER 1997
|
7
|
En Zainuri Bin Mat Atar
|
1 NOVEMBER 1997
|
31 OGOS 1998
|
8
|
En Mohd Nasir Bin Hj Muhammad
|
1 SEPTEMBER 1998
|
30 November 2008
|
9
|
Tn Haji Jailani Bin Jaafar
|
1 DISEMBER 2008
|
9 JULAI 2010
|
10
|
En. Abdul Jalil Bin Jaafar
|
16 JULAI 2010
|
1 FEBRUARI 2011
|
11
|
Pn Yusraini Bt Abdul Muluk
|
14 FEBRUARI 2011
|
01 MEI 2013
|
12
|
En. Kamarulzaman Bin Abdul Rahman
|
01 MEI 2013
|
12 OGOS 2014
|
13
|
Pn. Fauziah Binti Mat Wasee
|
16 OKTOBER 2014
|
01 FEBRUARI 2017
|
14
|
Pn. Azmah Binti Ramli
|
01 FEBRUARI 2017
|
31 DISEMBER 2019
|
15
|
Pn. Ruzihanna Binti Abd Rani
|
01 JANUARI 2020
|
SEKARANG
|
MAKLUMAT
SEKOLAH
Jenis Sekolah
: SEKOLAH KEBANGGSAAN
Lokasi
: LUAR BANDAR
Gred
: A
Kod
Sekolah
: CBA9003
Sesi
: PAGI
Alamat
: SEK KEB LKTP (F) KG NEW ZEALAND,
26500
MARAN,
PAHANG
DARUL MAKMUR
Email
: sknzealand@yahoo.com.my
Nom
Tel/ Faks
: 09-4780409
PKG
: MARAN
Kelompok
PKKP
: LUIT
Luas
Kawasan
: 4 1/2 EKAR
Bil
Murid
: 270 ORANG
Bil
Guru
: 30 ORANG
Kakitangan
Pejabat
: 6 ORANG
Kakitangan
Swasta
: 5 ORANG
Pengawal Keselamatan
: 3 ORANG
Bil
|
Jenis
|
Bilik/Jumlah
|
1
|
Bilik Darjah
|
12
|
2
|
Bilik Guru
|
1
|
3
|
BilikPemulihan
|
1
|
4
|
Bilik Media/ Perpustakaan
|
1
|
5
|
Makmal Sains
|
1
|
6
|
Bengkel Kemahiran Hidup
|
1
|
7
|
Kelas Pra Sekolah
|
1
|
8
|
Pejabat
|
1
|
9
|
Kantin
|
1
|
10
|
Makmal Komputer
|
1
|
11
|
Kedai PIBG sekolah
|
1
|
12
|
Pusat Akses Sekolah
|
1
|