Sunday, 3 June 2012

Profil Sekolah



Sejarah Ringkas SekolahKebangsaan (LKTP) Kg New Zealand

Sekolah Kebangsaan Kampung New Zealand telah dibuka pada tahun 1963. Jarak sekolah adalah kira-kira dua kilometer dari jalan utama Kuantan – Maran. Dahulunya nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Kertam yang diambil sempena nama kampung iaitu Kampung Sungai Kertam. Sekolah ini juga telah dirasmikan oleh duta New Zealand.
Pada tahun 1978, Kampung Sungai Kertam telah dibahagikan kepada dua buah kampung iaitu Kampung Sungai Kertam dan Kampung New Zealand. Kemudian nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan New Zealand.
Nama sekolah ini telah ditukarkan bagi memperingati serta menghargai bantuan dan kurniaan kerajaan New Zealand dalam membantu masalah pembangunan kampung ini. Kerajaan New Zealand membantu membina TABIKA dah juga membekalkan generator. Kerajaan New Zealand juga mengadakan projek susu sekolah dan RMT untuk sekolah ini.
Bangunan asal sekolah ini ialah Blok A sahaja yang dibina pada tahun 1962. Blok A terdiri daripada tiga buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah pejabat dan sebuah bilik guru. Kemudian bangunan sekolah ditambah dengan blok B pada tahun 1970 dan blok C pada tahun 1989.
Guru Besar yang pertama berkhidmat di sekolah ini adalah Encik Ismail Bin Embong bermula 11/01/1963 hingga 31/01/1967. Kemudian Encik Edrus Bin Mohammad Da pula menggantikannya pada 02/02/1967 hingga 13 Disember 1971. Guru Besar ketiga adalah Encik Ghazali Bin Ibrahim yang berkhidmat bermula pada 01/01/1972 hingga 31/12/1976. Seterusnya ialah Tuan Haji Ahmad Bin Othman, 01 Januari 1977 hingga 08 Mac 1989. Diikuti pula dengan Encik Muhammad Bin Abdullah, 08 Mac 1989 hingga 21 Februari 1994. Encik Bakaruddin Bin Mohammad Ali menggantikan beliau bermula 21 Februari 1994 hingga 01 November 1997 dan Encik Zainuri Bin Mohd Atar, 01 November 1997 hingga 01 September 1998. Kemudian diikuti Encik Mohammad Nasir Bin Haji Muhammad yang mula bertugas dari 01 September 1998. Kemudian Guru Besar Sekolah ini adalah Tn. Haji Jailani Bin Jaafar mengambil alih dari 1 Disember 2008 sehingga 9 Julai 2010. Disebabkan beliau telah mencapai umur persaraan,tempatnya telah diganti oleh Encik Abdul Jalil Bin Jaafar pada 16 Julai 2010 sehingga 1 Februari 2011. Kini, Guru Besar yang berkhidmat disini adalah Puan Yusraini Bt Abdul Muluk.


Senarai Guru Besar Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kg New Zealand

Bil

Nama Guru Besar

Tahun Mula Berkhidmat

Tahun Akhir Berkhidmat

1

Encik Ismail Bin Embong

11JANUARI 1963

31 JANUARI 1967

2

Encik Edrus Bin Mohd Da

2FEBUARI 1967

31 DISEMBER 1971

3

En Ghazali Bin Ibrahim

1JANUARI 1972

31 DISEMBER 1976

4

Tn Hj Ahmad Bin Othman

1JANUARI 1977

8 MARCH 1989

5

En Muhammad Bin Abdullah

26 APRIL 1989

30 NOVEMBER 1993

6

En Bakarruddin Bin Hj Mohd Ali (PJK)

21 FEBUARI 1994

31 OKTOBER 1997

7

En Zainuri Bin Mat Atar

1 NOVEMBER 1997

31 OGOS 1998

8

En Mohd Nasir Bin Hj Muhammad

1 SEPTEMBER 1998

30 November 2008

9

Tn Haji Jailani Bin Jaafar

1 DISEMBER 2008

9 JULAI 2010

10

En. Abdul Jalil Bin Jaafar

16 JULAI 2010

1 FEBRUARI 2011

11

Pn Yusraini Bt Abdul Muluk

14 FEBRUARI 2011

01 MEI 2013

12

En. Kamarulzaman Bin Abdul Rahman

01 MEI 2013

12 OGOS 2014

13

Pn. Fauziah Binti Mat Wasee

16 OKTOBER 2014

01 FEBRUARI 2017

14

Pn. Azmah Binti Ramli

01 FEBRUARI 2017

31 DISEMBER 2019

15

Pn. Ruzihanna Binti Abd Rani

01 JANUARI 2020

SEKARANG


MAKLUMAT SEKOLAH

Jenis Sekolah                       : SEKOLAH KEBANGGSAAN
Lokasi                                 :  LUAR BANDAR
Gred                                    : A
Kod Sekolah                         : CBA9003
Sesi                                     : PAGI
Alamat                                 : SEK KEB LKTP (F) KG NEW ZEALAND,
26500 MARAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
Email                                   : sknzealand@yahoo.com.my
Nom Tel/ Faks                      : 09-4780409
PKG                                      : MARAN
Kelompok PKKP                     : LUIT
Luas Kawasan                        : 4 1/2 EKAR
Bil Murid                               : 270 ORANG
Bil Guru                                 : 30 ORANG
Kakitangan Pejabat               : 6 ORANG
Kakitangan Swasta                : 5 ORANG
Pengawal Keselamatan          : 3 ORANG

Kemudahan Sekolah
Bil
Jenis
Bilik/Jumlah
1
Bilik Darjah
12
2
Bilik Guru
1
3
BilikPemulihan
1
4
Bilik Media/ Perpustakaan
1
5
Makmal Sains
1
6
Bengkel Kemahiran Hidup
1
7
Kelas Pra Sekolah
1
8
Pejabat
1
9
Kantin
1
10
Makmal Komputer
1
11
Kedai PIBG sekolah
1
12
Pusat Akses Sekolah
1

No comments:

Post a Comment